SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Nusantara mula beroperasi 1 Januari 2006. Sekolah ini terletak di tengah-tengah kawasan perumahan Taman Nusantara dalam kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Sekolah ini juga dibina di dalam kawasan Pembangunan Wilayah Iskandar yang sedang pesat dibangunkan di selatan tanah air.
Pada awal pembukaannya, sekolah ini mendapat khidmat seramai 18 orang tenaga pendidik dengan seorang pembantu tadbir. Pada 1 Mac 2006 barulah sekolah ini mendapat perkhidmatan seorang Pembantu Am Rendah (PAR) dan Pembantu Tadbir Rendah. Kebanyakan sebahagian besar guru yang ditempatkan di sekolah ini adalah guru yang diambil dari SK Gelang Patah termasuk guru-guru yang mengajar Pendidikan Khas manakala selebihnya dari sekolah-sekolah lain yang berhampiran termasuk Guru Besar pertama , Encik Sapian Bin Rawian yang berasal dari daerah Kulai. Pada tahun 2008, guru yang berkhidmat di sekolah ini seramai 32 orang.
Manakala seramai 232 orang murid ditempatkan di sekolah ini juga sebahagian besarnya dipindahkan dari SK Gelang Patah termasuk murid-murid Pendidikan Khas. Selebihnya murid yang dipindahkan dari SK Kg Pulai dan SK Taman Nusa Perintis 1. Murid-murid ini juga tinggal di kawasan-kawasan kampong yang berhampiran dengan sekolah. Pada tahun 2008, enrolmen murid telah meningkat kepada 406 orang.
Sekolah ini telah dilengkapi dengan kemudahan fizikal sama seperti sekolah-sekolah lain iaitu 30 bilik-bilik darjah dan bilik-bilik khas. Kemudahan yang sedia ada seperti bilik Kesihatan, Bilik SPBT, Makmal Sains, Bilik kemahiran Hidup, Bilik Komputer, Bilik PSV, Bilik APD, Bilik Muzik, Perpustakaan. Di samping itu Kelas Pendidikan Khas, Surau, dan Kantin.
Pada 1 Ogos 2007 , Encik Sapian Bin Rawian telah bertukar ke SK Kulai dan tempat beliau telah digantikan dengan Puan Hajjah Latiffah Bt Sulaiman dari SK Tanjung Kupang, Gelang Patah.
1 Januari 2008, Pra Sekolah diwujudkan di sekolah ini. Secara tidak langsung berlaku pertambahan guru seramai 4 orang dan seorang Pembantu PraSekolah. Ini juga seiring dengan pertambahan jumlah murid yang semakin bertambah ekoran pembukaan taman-taman perumahan baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan