Jumaat, 21 September 2012

MAJLIS PENUTUP PROGRAM JOGATON SKN 2012







22 September 2012, Sabtu, SK Nusantara telah berjaya mengadakan Majlis Penutup Program Joghaton 2012. Aktiviti dimulakan dengan Senamrobik, diikuti dengan larian Jogathon dan majlis penutupan. Tahniah dan syabas kepada semua yang menjayakan program tersebut.

Khamis, 20 September 2012

SAMBUTAN HARI RAYA 2012

Pada 14 September 2012, Jumaat SKN telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Eidulfitri dengan meriah dan ceria. Murid-murid dan guru-guru telah membawa juadah hari raya dan menikmati hidangan hari raya dengan penuh gembira. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan program tersebut.

LEGOLAND MALAYSIA






 Tahniah kepada murid-murid tahun enam yang telah berjaya menduduki peperiksaan UPSR. Semoga mendapat kejayaan yang cemerlang. Untuk makluman, pihak LEGOLAND telah menjemput semua murid tahun 6 SKN dan guru-guru untuk program preview pada 14 September 2012. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada pihak LEGOLAND.

Rabu, 5 September 2012

KARNIVAL BESTARI 1 MALAYSIA PRA-SEKOLAH ZON NUSAJAYA


Pada 5 September 2012, Rabu SK Nusantara telah menjadi tuan rumah KARNIVAL BESTARI 1 MALAYSIA PRA-SEKOLAH ZON NUSAJAYA. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya pertandingan sajak, bercerita, tilawah al- Quran, nyayian dan poster. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Ahad, 2 September 2012

TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SKN

Tahniah diucapkan semua kepada semua warga SKN kerana telah menerima ANUGERAH TANDAS BERSIH PERINGKAT DAERAH JOHOR , ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG KOKURIKULUM DAERAH JOHOR BAHRU DAN ANUGERAH CEMERLANG BADAN BERUNIFORM DAERAH JOHOR BAHRU... Teruskan kecemerlangan untuk masa hadapan...