Rabu, 25 April 2012

Pesta Permainan 2012- SATU MURID SATU SUKAN





Pesta Permainan Satu Murid Satu Sukan telah berlangsung mulai minggu lepas. Pesta ini bermula dengan latihan rumah sukan dan acara pertandingan diadakan pada 24, 25 dan 26 April 2012. Sesungguhnya aktiviti yang diadakan ini merupakan wadah bagi keseimbangan murid dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial...Maju Sukan Untuk Negara....Syabas bagi yang telah berjaya.!


MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2012


Panitia Sains dan Panitia Matematik telah mengadakan Minggu Sains dan Matematik sepanjang minggu ini iaitu dari 23 April 2012 hingga 27 April 2012. Pelbagai program dijalankan antaranya, kuiz, pameran, persembahan; eksperimen dan lain-lain yang menarik murid mencintai sains dan matematik. Tema Minggu  Sains dan Matematik ini adalah I LOVE SAINS AND MATEMATIK...Semoga program ini memberi imput yang positif kepada murid-murid SKN...

Isnin, 23 April 2012

KEM BESTARI SOLAT TAHAP SATU


Alhamdulillah...pada 21 APRIL 2012...SK Nusantara telah berjaya mengadakan Kem Bestari Solat Siri ke 2 Tahap Satu...Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan fasilitator yang telah menjayakan program KBS ini...Semoga program ini melahirkan insan yang Beriman dan Bertakwa