Rabu, 27 Februari 2013

MTQ DAN FESTIVAL NASYID ZON NUSAJAYA

Pada 23 Februari 2013, Sabtu SKN telah menyertai Majlis Tadarrus al-Quran dan Festival Nasyid Zon Nusajaya. Beberapa aktiviti telah dijalankan iaitu, Tilawah al-Quran, Hafazan, Bercerita Kisah Nabi dan Nasyid. SKN telah berjaya memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Nasyid, tempat ke-2 Bercerita Lelaki dan Tempat ke-3 Bercerita Perempuan. Tahniah di atas kejayaan yang dikecapi.

Ahad, 3 Februari 2013

KEMPEN PONTENG SIFAR 2013

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL S.A.W




Pada 1 hb Februari 2013, SKN telah menganjurkan Sambutan Maulidurrasul s.a.w. Program ini bermula 10.00 pagi dengan perarakan dan selawat. Kemudian, disusuli dengan ucapan Pengerusi Majlis, En Azeli dan diteruskan dengan bacaan doa dan tilawah  al-Quran dan terjemahan. Seterusnya, program tersebut diserikan dengan persembahan nasyid dan diikuti dengan  ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Daud dari SK Pendas Laut.Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan program tersebut.