Selasa, 17 September 2013

KEJOHANAN OLAHRAGA SK NUSANTARA 2013

Kejohanan Olahraga SK Nusantara akan dilangsungkan pada hari Sabtu, 5 Oktober 2013, Sebelum acara dijalankan, latihan rumah-rumah sukan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Di harap program ini akan berlangsung dengan jayanya

Ahad, 1 September 2013

Tahniah kepada semua peserta Karnival Pra Sekolah

Pihak sekolah mengucapkan tahniah  kepada semua peserta Karnival Pra Sekolah yang menyertai pertandingan baru-baru ini. Dalam program tersebut, seorang peserta telah berjaya mendapat Johan dalam acara Hafazan, sekaligus melayakkan diri ke perngkat Daerah Johor Bahru. Teruskan kecemerlangan.

Isnin, 22 April 2013

Tahniah kepada pasukan bola sepak, sepak takraw dan bola tampar SKN

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak, sepak takraw dan bola tampar SK Nusantara kerana berjaya menyertai pertandingan peringkat Zon Nusajaya dan MSSD Johor Bahru 2013. Pasukan Bola Sepak dan Sepak Takraw berjaya menduduki tempat ke-4  di peringkat Zon dan beberapa pemain dari SKN telah dipilih ke peringkat MSSD Johor Bahru. Teruskan kecemerlangan untuk masa hadapan.

Rabu, 27 Februari 2013

MTQ DAN FESTIVAL NASYID ZON NUSAJAYA

Pada 23 Februari 2013, Sabtu SKN telah menyertai Majlis Tadarrus al-Quran dan Festival Nasyid Zon Nusajaya. Beberapa aktiviti telah dijalankan iaitu, Tilawah al-Quran, Hafazan, Bercerita Kisah Nabi dan Nasyid. SKN telah berjaya memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Nasyid, tempat ke-2 Bercerita Lelaki dan Tempat ke-3 Bercerita Perempuan. Tahniah di atas kejayaan yang dikecapi.

Ahad, 3 Februari 2013

KEMPEN PONTENG SIFAR 2013

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL S.A.W




Pada 1 hb Februari 2013, SKN telah menganjurkan Sambutan Maulidurrasul s.a.w. Program ini bermula 10.00 pagi dengan perarakan dan selawat. Kemudian, disusuli dengan ucapan Pengerusi Majlis, En Azeli dan diteruskan dengan bacaan doa dan tilawah  al-Quran dan terjemahan. Seterusnya, program tersebut diserikan dengan persembahan nasyid dan diikuti dengan  ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Daud dari SK Pendas Laut.Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan program tersebut.

Isnin, 21 Januari 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM 100

Alhamdulillah, majlis tersebut telah berjaya disempurnakan oleh YB Datuk Haji abdul Aziz bin Sapian.Para  Ibu bapa telah menerima bantuan tersebut dengan gembira dan bersyukur di atas rezeki Allah yang dikurniakan. Semoga kebajikan yang dihulurkan oleh kerajaan akan berterusan untuk masa akan datang. Tahniah kepada semua yang penerima bantuan tersebut. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program tersebut.










Ahad, 20 Januari 2013

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SK NUSANTARA 2013







Majlis tersebut telah  berjaya disempurnakan  pada hari Isnin 21 Januari 2013. Untuk makluman, Lembaga  Pengawas SK Nusantara diketuai oleh adik Muhammad Salahuddin bin Ramli sebagai Ketua Pengawas, Adik Arifa binti Amin (Timbalan ketua Pengawas), adik Raja Hafizuddin bin Raja Mohamed(Pen. Timb. Ketua Pengawas 1, Adik Syarifah Natasha bt Syed Nizazal (Pen. Timb. Ketua Pengawas 2), adik Farisha Aryani bt A. Aziz( Setiausaha), Nurul Syafiqah bt Amat (Bendahari) dan Adik Nasrul Khair b. Suhaimi (Bacaan Doa)...Tahniah di atas perlantikan tersebut 

Selasa, 8 Januari 2013

PENDAFTARAN 2013 DAN HARI JALINAN MESRA TAHUN ENAM




Pada 1 JANUARI 2013, SKN telah menjalankan Program Pendaftaran 2013 dan Hari Jalinan Mesra Tahun 6. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga SKN yang telah menjayakan program tersebut. Semoga tahun 2013 akan membawa lebih kecerian dan kejayaan kepada kita semua.