Isnin, 31 Disember 2012

SELAMAT DATANG WELCOME AHLAN WASAHLAN

Assalamualaikum wbt

Kami warga SK Nusantara mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013 kepada semua warga SK Nusantara. Dalam pada itu, kepada semua murid, selamat berjuang menimba ilmu. Semoga mendapat kecemerlangan dalam kehidupan. Ameen

Selasa, 6 November 2012

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2012


Pada 1 November 2012, SK Nusantara  telah berjaya mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang dan Konvokesyen Pra Sekolah. Semua murid yang telah berjaya lulus dengan cemerlang telah menerima hadiah dan sijil penghargaan. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya dan murid-murid yang lain hendaklah mempertingkan usaha untuk kecemerlangan akan datang

Jumaat, 21 September 2012

MAJLIS PENUTUP PROGRAM JOGATON SKN 2012







22 September 2012, Sabtu, SK Nusantara telah berjaya mengadakan Majlis Penutup Program Joghaton 2012. Aktiviti dimulakan dengan Senamrobik, diikuti dengan larian Jogathon dan majlis penutupan. Tahniah dan syabas kepada semua yang menjayakan program tersebut.

Khamis, 20 September 2012

SAMBUTAN HARI RAYA 2012

Pada 14 September 2012, Jumaat SKN telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Eidulfitri dengan meriah dan ceria. Murid-murid dan guru-guru telah membawa juadah hari raya dan menikmati hidangan hari raya dengan penuh gembira. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan program tersebut.

LEGOLAND MALAYSIA






 Tahniah kepada murid-murid tahun enam yang telah berjaya menduduki peperiksaan UPSR. Semoga mendapat kejayaan yang cemerlang. Untuk makluman, pihak LEGOLAND telah menjemput semua murid tahun 6 SKN dan guru-guru untuk program preview pada 14 September 2012. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada pihak LEGOLAND.

Rabu, 5 September 2012

KARNIVAL BESTARI 1 MALAYSIA PRA-SEKOLAH ZON NUSAJAYA


Pada 5 September 2012, Rabu SK Nusantara telah menjadi tuan rumah KARNIVAL BESTARI 1 MALAYSIA PRA-SEKOLAH ZON NUSAJAYA. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya pertandingan sajak, bercerita, tilawah al- Quran, nyayian dan poster. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Ahad, 2 September 2012

TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SKN

Tahniah diucapkan semua kepada semua warga SKN kerana telah menerima ANUGERAH TANDAS BERSIH PERINGKAT DAERAH JOHOR , ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG KOKURIKULUM DAERAH JOHOR BAHRU DAN ANUGERAH CEMERLANG BADAN BERUNIFORM DAERAH JOHOR BAHRU... Teruskan kecemerlangan untuk masa hadapan...

Sabtu, 11 Ogos 2012

MUSOLLA AL-FALAH: MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2012

MUSOLLA AL-FALAH: MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2012: Majlis ini telah berlangsung pada hari Jumaat, 10 Ogos 2012, jam  murid 10.30 am. Di dalam majlis ini, peserta- peserta khatam ad...

Ahad, 5 Ogos 2012

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2012




Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar SK Nusantara. Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang bulan kemerdekaan ini. Antaranya ialah Teka Cari Kata, pertandingan mwarna, mereka topi kemerdekaan, tayangan video, buku skrap, pertandingan kecerian kelas, pameran pakaian, jualan bendera dan pameran kemerdekaan. Bersama kita hayati erti kemerdekaan...

Rabu, 1 Ogos 2012

TAZKIRAH: Kelebihan Bulan Ramadan

TAZKIRAH: Kelebihan Bulan Ramadan: Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut ...

JOGATHON PIBG 2012

Kami mengalu-alukan kutipan derma tuan/puan untuk JOGATHON PIBG 2012 SK NUSANTARA yang bermula 1 OGOS -31 OGOS 2012. Sumbangan anda amat bermakna buat kami

Selasa, 31 Julai 2012

PENGESAHAN PENDAFTARAN TAHUN 1/2013

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Adalah dimaklumkan bahawa Pengesahan Pendaftaran Tahun 1 / 2013 akan dijalankan sepanjang bulan Ogos. Berikut adalah ketetapan:

Tarikh: 01 Oogos 2012 - 31 Ogos 2012
Masa: 8.00 pagi - 4.00 ptg
Hari :  waktu Bekerja
Tempat : Pejabat Sekolah

3. Kehadiran tuan/puan dialu-alukan bagi memastikan penempatan anak tuan/puan bagi tahun  1/2013

Sekian, terima kasih


Guru Besar, SK Nusantara

Ahad, 29 Julai 2012

Tazkirah Ramadhan 1

ANUGERAH NILAM SKN JAN-MAC & APRIL-JUN 2012

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada penerima anugerah bagi kategori di atas iaitu adik Ifwad Izzudin dari 2B2, Adik Khairun Nadhirah dari 4D1 dan Nur Izzah dari 4D1. Semoga menjadi inspirasi kepada murid-murid lain memperbanyakkan buku bacaan.

Ahad, 22 Julai 2012

Kemuliaan Ramadhan

RAMADHAN AL-KARIM

Kami warga SKN mengucapkan selamat menjalani ibadah di dalam Bulan Ramadhan...semoga Ramadhan menjadikan kita insan yang bertakwa...ameen

Selasa, 3 Julai 2012

JEMPUTAN KE KEJOHANAN OLAHRAGA SK NUSANTARA

Kepada:
 
              Ibu Bapa / Penjaga
              SK Nusantara

Anda semua dijemput untuk memeriahkan KEJOHANAN OLAHRAGA SK NUSANTARA KE 6 yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

                 TARIKH: 7 JULAI 2012
                 HARI: SABTU
                 MASA: 7.30AM-1.00PM 

Semoga kehadiran tuan/puan dapat menyerikan dan menyemarakkan lagi program ini...Sekian Terima kasih

Rabu, 27 Jun 2012

LATIHAN KEBAKARAN SEKOLAH

Pada 28 JUN 2012, SK Nusantara telah berjaya mengadakan Latihan Kebakaran Sekolah. Dalam program ini murid diberitahu tindakan sepatutnya dilakukan apabila berlaku kebakaran. Tahniah kepada Penyelaras program kerana dapat menjalankan program tersebut..

Khamis, 21 Jun 2012

HARI JALINAN MESRA

Assalamualaikum w.b.t

Kepada Ibu Bapa / Penjaga yang dihormati,

Tuan-tuan dan Puan-puan dijemput untuk hadir Hari Jalinan Mesra SK Nusantara 23 JUN 2012. Antara aktiviti  yang diadakan ialah Hari Terbuka Sekolah, Jualan Jumbo dan sebagainya

Rabu, 25 April 2012

Pesta Permainan 2012- SATU MURID SATU SUKAN





Pesta Permainan Satu Murid Satu Sukan telah berlangsung mulai minggu lepas. Pesta ini bermula dengan latihan rumah sukan dan acara pertandingan diadakan pada 24, 25 dan 26 April 2012. Sesungguhnya aktiviti yang diadakan ini merupakan wadah bagi keseimbangan murid dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial...Maju Sukan Untuk Negara....Syabas bagi yang telah berjaya.!


MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2012


Panitia Sains dan Panitia Matematik telah mengadakan Minggu Sains dan Matematik sepanjang minggu ini iaitu dari 23 April 2012 hingga 27 April 2012. Pelbagai program dijalankan antaranya, kuiz, pameran, persembahan; eksperimen dan lain-lain yang menarik murid mencintai sains dan matematik. Tema Minggu  Sains dan Matematik ini adalah I LOVE SAINS AND MATEMATIK...Semoga program ini memberi imput yang positif kepada murid-murid SKN...

Isnin, 23 April 2012

KEM BESTARI SOLAT TAHAP SATU


Alhamdulillah...pada 21 APRIL 2012...SK Nusantara telah berjaya mengadakan Kem Bestari Solat Siri ke 2 Tahap Satu...Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan fasilitator yang telah menjayakan program KBS ini...Semoga program ini melahirkan insan yang Beriman dan Bertakwa