Isnin, 21 Januari 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM 100

Alhamdulillah, majlis tersebut telah berjaya disempurnakan oleh YB Datuk Haji abdul Aziz bin Sapian.Para  Ibu bapa telah menerima bantuan tersebut dengan gembira dan bersyukur di atas rezeki Allah yang dikurniakan. Semoga kebajikan yang dihulurkan oleh kerajaan akan berterusan untuk masa akan datang. Tahniah kepada semua yang penerima bantuan tersebut. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program tersebut.










Ahad, 20 Januari 2013

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SK NUSANTARA 2013







Majlis tersebut telah  berjaya disempurnakan  pada hari Isnin 21 Januari 2013. Untuk makluman, Lembaga  Pengawas SK Nusantara diketuai oleh adik Muhammad Salahuddin bin Ramli sebagai Ketua Pengawas, Adik Arifa binti Amin (Timbalan ketua Pengawas), adik Raja Hafizuddin bin Raja Mohamed(Pen. Timb. Ketua Pengawas 1, Adik Syarifah Natasha bt Syed Nizazal (Pen. Timb. Ketua Pengawas 2), adik Farisha Aryani bt A. Aziz( Setiausaha), Nurul Syafiqah bt Amat (Bendahari) dan Adik Nasrul Khair b. Suhaimi (Bacaan Doa)...Tahniah di atas perlantikan tersebut 

Selasa, 8 Januari 2013

PENDAFTARAN 2013 DAN HARI JALINAN MESRA TAHUN ENAM




Pada 1 JANUARI 2013, SKN telah menjalankan Program Pendaftaran 2013 dan Hari Jalinan Mesra Tahun 6. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga SKN yang telah menjayakan program tersebut. Semoga tahun 2013 akan membawa lebih kecerian dan kejayaan kepada kita semua.